Back to Recipe Print

Recipe for "Pak Choy Bersos Tiram"


Tips

Sedap diletakkan sekali cili padi untuk bagi rasa pedas, masin dan manis. Untuk dapatkan sos yang pekat, boleh masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.

Ingredients

Pak Choy 2 ikat
Bawang Putih 3 ulas - cincang halus
Sos Tiram 3 sudu makan
Kicap Manis 1 sudu makan
Udang Kering 1 sudu makan - tumbuk halus
Lada Hitam Secukup rasa
Minyak Secukupnya untuk menumis
Cili Besar Hiasan - cincang halus

Instructions

1

Basuh bersih pak choy. Didihkan air secukupnya. Masukkan pak choy. Apabila pak choy sudah lembut, boleh angkat dan toskan.

2

Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bawang putih yang dicincang halus tadi. Kemudian udang kering yang ditumbuk. Gaul rata sehingga naik bau.

3

Sos tiram dimasukkan diikuti dengan kicap manis. Jika mahukan rasa pedas, boleh masukkan cili padi sedikit.

4

Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan lada hitam secukup rasa. Saya tidak masukkan garam kerana rasa masin dalam sos tiram sudah mencukupi.

5

Setelah sos siap masak, curahkan ke atas pak choy yang telah siap dicelur tadi. Hiasi hidangan dengan sedikit cincangan cili besar.