Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Tulang"


Tips

Makan bersama sambal kicap, roti atau nasi putih.

Ingredients

Tulang Lembu Or Kambing 1 Kg
Minyak Masak 2 sudu besar
Minyak Sapi (Optional) 1 sudu besar
Serai Diketuk 1 batang
Daun Limau Purut 5 helai
Kulit Kayu Manis 1 batang
Bunga Lawang 3 kuntum
Rempah Sup Bunjut 2 bungkus
Air Rebusan Daging Or Beef Stock 2 kiub
Bawang Besar Dihiris 1 labu
Lobak Merah Didadu 1 batang
Kentang Didadu 2 biji
Garam Dan Lada Sulah Secukup rasa
Bahan Kisar A
Bawang Merah 5 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inci
Bahan Kisar B
Lobak Merah 1 batang
Celery Stick (Batang Saderi) 2 batang
Bahan Hiasan
Daun Sup Secukup rasa
Daun Bawang Secukup rasa
Bawang Goreng Secukup rasa

Instructions

1

Tulang dibersihkan dan direbus sehingga lembut. Air rebusan tulang ditapis dan diketepikan.
Kisar Bahan A dahulu dan kemudian kisar bahan B.

2

Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk dan tumis bawang besar yang dihiris.
Tumiskan rempah-rempah (kulit kayu manis, bunga lawang, serai yang diketuk, daun limau purut dan rempah sup bunjut) sehingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar A dan tumis sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan bahan kisar B dan masak sehingga garing. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
Masukkan tulang, air rebusan tulang dan beef stock. Kacau dan biarkan merenih. Boleh tambah air biasa jika mahu kuah yang lebih.

3

Bila daging tulang sudah empuk masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu.
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Apabila sudah siap, tutup api dan hidangkan dalam mangkuk. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan juga bawang goreng.