Back to Recipe Print

Recipe for "Pulut Kuning Lapis Serunding"


Tips

Pulut cantik dibentuk semasa suam2 kerana lebih lembut.

Ingredients

Beras Pulut 3 cawan
Air 2 cawan
Santan 1 cawan
Daun Pandan 2 helai
Serbuk Kunyit 1 cmb
Garam 2 cmt

Instructions

1

Rendam beras pulut bersama air & serbuk kunyit selama 2 jam.

2

Kukus pulut bersama air rendaman & daun pandan selama 20 minit.

3

Gaul santan yang telah dicampur garam kepada pulut.

4

Kukus lagi selama 10 minit.

5

Lapiskan bahagian bawah acuan dengan separuh dari pulut. Tekan sedikit supaya rata.

6

Letakkan serunding ikan/daging/ayam di atas pulut tadi.

7

Lapiskan sekali lagi pulut di atas serunding. Tekan sedikit supaya padat & pulut tidak pecah semasa dikeluarkan dari acuan.