Back to Recipe Print

Recipe for "Puding Roti Ranggup Masam Manis"


Tips

1. Boleh gantikan roti sandwich kepada roti croissant untuk lebih rasa mentega.
2. Gantikan kismis yang biasa digunakan dengan blackcurrent kering kerana ia memberikan rasa yg sangat enak. Boleh dibeli di kedai bakeri.

Ingredients

Susu Segar/susu Cair 1 cawan
Roti Sandwich/roti Croissant 6-8 keping
Telur Gred A 2 biji
Gula Castor 1/4 cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Butter-Cairkan 2 sudu besar
Coklat Cip 3 sudu besar
Buah Pic Dalam Tin 4 belahan
Blackcurrent Kering 2 sudu besar
Kepingan Badam 2 sudu besar

Instructions

1

Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sehingga gula hancur.

2

Masukkan roti yang telah dipotong-potong. Biarkan sekejap. Boleh tambah kepingan roti jika suka puding yang kering.

3

Tambah sebahagian coklat cip, blackcurrent kering, dan buah pic. Gaulkan.

4

Curah butter yang telah dicairkan. Balik-balikkan perlahan-lahan. Tuang kr dalam acuan pembakar yang telah disapu dengan sedikit butter.

5

Tabur baki coklat cip, blackcurrent kering, kepingan badam dan buah buah pic.

6

Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160°C selama 50-60 minit atau bergantung kepada jenis oven masing-masing.