Back to Recipe Print

Recipe for "Gulai Terung Bonda"


Tips

Zaman sekarang, ramai dah olahkan resepi dengan menambahkan tulang rusuk kedalam gulai terung. Terpulang ikut selera masing masing...

Ingredients

Bawang Merah 6 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1/2 inci
Lengkuas 1 inci
Rempah Gulai Cap Bunga Ros 25 gm
Kerisik 1 sudu besar
Asam Jawa 15 gm
Minyak Masak 50 ml
Santan 200 gm
Terung 5 biji
3 Sekawan (Kayu Manis,pelaga, Cengkeh) 10 gm
Cili Boh 2 sudu besar
Rempah Masak Cap Bunga Ros 1 sudu kecil
Garam, Gula, Msg Secukup rasa

Instructions

1

Mula mula, kisar semua bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.

2

Kemudian, terung bulat di buang hujung tangkai sedikit. Dan dibelah dua.

3

Seterusnya, panaskan minyak untuk menumis 3 sekawan.

4

Apabila dah naik bau, tumiskan cili boh sehingga garing atau pecah minyak.

5

Kemudian, bolehlah dimasukkan bawang kisar dan rempah gulai cap bunga ros dan rempah masak cap bunga ros.

6

Apabila rempah dah masak dan garing, bolehlah di masukkan santan, asam jawa dan belacan.

7

Apabila santan dah mendidih, bolehlah masukkan terung bulat yang dibelah tadi.

8

Akhir sekali, tambah bahan perasa seperti garam , gula dam msg ( bg pengemar sahaja) secukup rasa.