Back to Recipe Print

Recipe for "Bayam Tumis Air Bersama Kobis"


Tips

Boleh variasikan jenis sayur yang mahu ditumis.

Ingredients

Bayam Seikat
Kobis Setengah biji
Kiub Pati Ikan Bilis (Ikan Bilis Segenggam Pun Boleh) Setengah kiub
Bawang Merah - Saiz Sederhana Sebiji - hiris kasar
Bawang Putih 2 ulas - hiris kasar
Cili Merah Setangkai - potong panjang
Air 2 cawan
Garam Secukup rasa
Lada Hitam Secubit
Minyak Secukupnya untuk menumis

Instructions

1

Petikkan daun bayam tadi dan ambil bahagian batang yang lembut. Rendam sekejap untuk hilangkan pasir. Bilas dan toskan.

2

Belah kobis kepada dua. Potong kepada saiz sederhana. Bersihkan dan toskan. Ambil cili besar belah dua dan buangkan biji. Potong secara memanjang.

3

Panaskan minyak. Bawang merah, bawang putih, cili dan kiub pati ikan bilis dimasukkan. Gaul rata sehingga naik bau serta bawang lembut.

4

Masukkan kobis. Kacau sebati. Masukkan air. Biar sehingga mendidih.

5

Setelah mendidih bayam pula dimasukkan. Bayam dimasukkan akhir kerana bayam cepat masak. Kacau rata.

6

Perasakan dengan garam dan secubit lada hitam apabila bayam sudah bertukar warna. Sedia untuk dihidangkan :)