Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Coklat Kukus"


Tips

Semasa kukus guna api sederhana kecil bagi mengelakkan kek pecah.

Ingredients

Susu Cair 1 cawan
Air 1 cawan
Mentega Cair 1 cawan
Gula Perang 2 cawan
Telur 1 biji
Esen Vanila 1 sudu teh
Tepung Gandum 2 cawan
Serbuk Koko 1/2 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Soda Bicarbonat 1 sudu teh
Mentega * 2 sudu makan
Serbuk Koko * 2 sudu makan
Susu Pekat * 1 cawan

Instructions

1

Panaskan kukusan. Esen vanila dan telur kacau rata dan ketepikan.

2

Dalam mangkuk besar, sebatikan susu cair,air,mentega cair dan gula perang.

3

Ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder,soda bicarbonat dan masukan ke dalam mangkuk besar tadi (langkah kedua).

4

Kemudian masukkan telur dan esen vanila yang dikacau rata tadi ke dalam mangkuk adunan. Kacau supaya tidak bergentel.

5

Lapik loyang dengan kertas dan masukkan adunan tadi, Kukus selama 1 jam dengan api sederhana kecil.

6

Setelah kek masak,kita akan hiaskan kek dengan krim coklat.

7

Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk KECUALI mentega dan kacau sehingga sebati.gunakan api yang sederhana.

8

Masukkan mentega dan kacau rata. Kemudian tutup api.

9

Kacau lagi sekali,tunggu sehingga agak pekat sedikit,tuangkan di atas kek tadi.