Untuk Ayam Bakar | |
Ayam | 1 ekor size sederhana (dibersihkan luar dan dalam) |
Sos Tiram Berperisa Ayam | 1 sudu besar |
Dry Mixed Herbs | 2 sudu besar |
Lemon | 1 biji |
Lada Hitam Kasar | 1 sudu besar |
Bawang Putih | 10 - 12 ulas (dititik sahaja.tak payah mayang) |
Gula | 4 sudu |
Serbuk Stok Ayam | 2 sudu besar |
Untuk Mash Potato | |
Kentang Sederhana Besar | 7 - 8 biji |
Kiub Pati Ayam | 1 ketul |
Susu Isian Sejat | 1 tin |
Lada Hitam Serbuk | Sedikit |
Tepung Gandum | 1 -2 sudu besar |
Untuk Memerap dan Membakar Ayam
Gaulkan stok ayam pada bahagian dalam dan luar ayam
Masukkan mixed herbs dan lada hitam dan gaul rata - rata
Campurkan sos tiram, gula & bawang putih pada dalam dan luar ayam. Dipermukaan dalam kulit di bahagian dada, begitu juga di bahagian dalam ayam
Potong lemon dan perahkan serta tinggal sebahagian di dalam ayam. Manakala sebahagian lagi hiris nipis - nipis dan tabur di bahagian luar.
Peramkan ayam 1 jam & bakar pada suhu 190 degree celsius selama 1 jam. Balikkan ayam selepas 30min. Sekiranya belum masak, tambah lagi 20minit.
Untuk mendapatkan kulit ayam bakar yang perang, boleh glazekan dengan sedikit madu.
Untuk Membuat Mash Potato dan 'gravy' nya
Kupas kesemua kentang dan potong kecil - kecil
rebuskan air dan masak kentang tersebut sehingga betul - betul empuk.
Setelah empuk, tajin lebihan air dan lecekkan / lenyekkan kentang dengan 'potato masher' atau lesung batu yang dibalut dengan plastik.
Setelah betul - betul lembut, barulah masukkan sedikit demi sedikit susu isian sejat tadi.
Kacau dan tambah sampai ketang tu betul2 lembut dan licin. Kemudian barulah serasikan dengan garam dan lada hitam.
Panaskan baki susu tadi. Masukkan kiub ayam. Masukkan tepung. Kacau sampai pekat. Masukkan lada hitam. Kemudian tapis (kalau berketul2).