Back to Recipe Print

Recipe for "Kerabu Mempelam Nyiur Kelapa"


Tips

1. Tak perlu masukkan sebarang asam kerana mangga sedia masam.
2. Boleh gantikan dengan ikan bilis jika tidak gemar udang kering.

Ingredients

Buah Mempelam Muda 2 biji
Kelapa Parut 2 cawan
Cilipadi 10 tangkai
Belacan 1 cm
Udang Kering 1 sb
Garam & Gula Secukup rasa

Instructions

1

Rendam udang kering supaya lembut.

2

Kupas buah mempelam & parut. Perah & buang sedikit air mempelam.

3

Masukkan cili padi, udang kering & belacan dlm blender bersama sedikit air. Blend halus.

4

Masukkan kelapa parut & kisar lagi. Jika blender tak jalan, boleh tambah sedikit air.

5

Tuangkan dalam parutan mempelam. Masukkan garam & gula. Gaul sebati.

6

Sedia dihidang. Sesuai juga dijadikan ratahan.