Back to Recipe Print

Recipe for "Creampuff Durian"


Tips

1. Sukatan gula boleh ditambah atau kurangkan mengikut citarasa.
2. Sukatan susu boleh ditambah atau kurangkan sikit jika suka.
3. Isi durian juga boleh ditambah.

Ingredients

Bahan Puff
Mentega 1/2 cawan
Tepung Gandum 1 cawan
Air 1 cawan
Garam Secubit
Telur Gred A 4 biji
Esen Perisa Durian 1/2 sdt
Bahan Kastard Krim
Tepung Jagung 2 sdb menimbun
Tepung Gandum 2 sdb menimbun
Susu Cair 1 tin
Telur Gred C 1 biji
Isi Durian 1/2 cawan
Esen Perisa Durian 1/2 sdt
Gula 4 sdb
Garam Jika suka
Pewarna Kuning Sedikit

Instructions

Cara membuat puff

1

Didihkan air bersama mentega dan garam didalam periuk

2

Kecilkan api, turunkan periuk tadi dari dapur

3

Masukkan tepung dan gaul cepat2

4

Naikkan semula periuk keatas api tadi, dan gaul2 dengan senduk kayu hingga menjadi sebiji doh

5

Pindahkan doh kedalam bekas pengadun , mixerkan sehingga doh menjadi suam kuku

6

Masukkan esen durian dan telur sebiji demi sebiji sambil mengadun tepung tadi

7

Pukul seketika hingga menjadi adunan yg sebati dan tidak berketul

8

Ketepikan, rehatkan dalam 15-20 minit sebelum dipaip kan keatas loyang yang telah digris

9

Masukkan nozzle dengan bentuk yang disukai & pipekan sebesar saiz syiling 50sen atau lebih besar

10

Bakar dengan suhu 200' selama 8-10 minit sehingga puff naik kembang

11

Kemudian perlahankan suhu 150' dan bakar hingga masak atau hingga keperangan yang dikehendaki

12

Keluarkan puff dan cucuk dengan lidi supaya wap didalam puff keluar. Sejukkan

Cara membuat kastad

1

Masukkan tepung dan gula kedalam kuali dan gaulkan. supaya tepung senang larut semasa dicampurkan susu

2

Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil mengacau menggunakan whisk , supaya tidak berketul

3

Kemudian masukkan bahan2 lain, kacau hingga rata sebelum direneh hingga masak

4

Sejukkan sebelum dipipe kedalam puff. Gunting puff yang telah sejuk tadi, masukkan kastad kedalam piping beg.

5

Paipkan kastad secukupnya kedalam puff . tabur dengan snow powder atau gula ising jika suka sebelum dihidang