Back to Recipe Print

Recipe for "Cucur Udang Bersama Kuah Kacang"


Tips

Jika suka, boleh ditambah ayam semasa penyediaan kuah kacang

Ingredients

Bahan2 Kuah Kacang
Kacang Tanah 1 mangkuk besar
Cili Kering Kisar 1 mangkuk kecil
Serai 3-4 batang
Air Asam Jawa 1/2 cawan
Santan 1 cawan
Gula Dan Garam Secukupnya
Bahan2 Cucur Udang
Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Udang Basah 200 gram
Daun Kucai Dan Taugeh Secukupnya

Instructions

Cara2 memasak kuah kacang

1

Gorebg kacang yang telah dibersihkan hingga masak. Kisar kacang tadi menggunakan pengisar kering. Pastikan tidak terlalu halus dan ketepikan

2

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis serai yang tlh diketuk. Masukkan cili kisar & masak hingga sempurna. Kemudian masukkan kacang yg telah dikisar

3

Kacau sebati dan masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan santan dan tambah dengan air. Anggaran air adalah ikut tahap kepekatan kuah yang diperlukan

4

Masukkan gula dan garam. Kuah kacang lebih sedap jika manis. Masak kuah ini dengan api sempurna dan kacau sekali sekala agar tidak hangus. Siap

Cara2 membuat cucur udang

1

Panaskan minyak didalam kuali. Kemudian satukan semua bahan kedalam mangkuk besar.

2

Tambahkan sedikit garam untuk rasa. Bancuh dengan air dan adunan tidak terlalu cair. Bancuh seperti membuat cekodok

3

Celup hujung sudip ke dalam minyak panas, kemudian scope adunan. Boleh jugak jika menggunakan sudu dan goreng hingga kuning keemasan

4

Setelah masak, angkat dan toskan. Potong kecil cucur tadi dan hidang bersama kuah kacang.