Back to Recipe Print

Recipe for "Spaghetti Bolognese Ayam"


Tips

Ayam cincang dimasukkan diakhir sekali. Kerana jus yang keluar melalui ayam akan menyeimbangkan rasa masam sos. Jadi sos tidak terlalu masam.

Ingredients

Spaghetti
Spaghetti 1 bungkus
Air 2 liter
Garam Sedikit
Mentega 1 sudu besar
Sos Spaghetti Bolognese
Bawang Holland 1 labu dicincang halus
Bawang Putih 2 ulas dicincang halus
Daging Ayam Cincang 1 bungkus
Cendawan Butang 1 tin dipotong nipis
Lobak Merah 1 batang dipotong dadu
Cili Boh 3 sudu besar
Prego Tradisional 1 tin
Prego Cendawan 1 tin
Kiub Pati Ayam 1/2
Air Sedikit
Garam Secukup rasa
Gula 1/2 sudu besar
Minyak Masak Sedikit (menumis)
Mixed Herbs Sedikit

Instructions

1

Didihkan air. Kemudian masukkan spaghetti. Apabila spaghetti separuh masak letakkan garam dan mentega. Apabila sudah masak toskan sehingga kering.

2

Tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga layu.

3

Masukkan cili boh dan gula kemudian tumis sehingga garing.

4

Tumis lobak merah dan cendawan butang sehingga separuh masak.

5

Masukkan prego tradisional dan prego cendawan, gaul rata .

6

Masukkan ayam cincang dan gaul sesekali.

7

Masukkan sedikit air, kiub pati ayam dan garam.

8

Renehkan sos sehingga ayam masak dan taburkan sedikit mixed herbs dan tutup api.

9

Siap untuk dihidang. (Boleh juga taburkan parutan cheese dan daun ketumbar untuk menambahkan rasa dan aroma)