Back to Recipe Print

Recipe for "Kambing Black Pepper"


Tips

Selain daging kambing boleh juga digantikan dengan daging lembu

Ingredients

Daging Kambing 500g
Minyak Masak 2 sudu besar
Bawang Putih 3 ulas
Serbuk Lada Hitam 1 sudu kecil
Sos Tiram 3 sudu besar
Kicap Manis 2 sudu besar
Sos Black Pepper 2 sudu besar
Cili Merah (Dihiris Kasar) 2 biji
Bawang Besar (Dihiris Kasar) Sebiji
Tepung Gandum / Tepung Jagung 1 sudu kecil

Instructions

1

Minyak dipanaskan dan gorengkan daging sehingga hampir masak. Angkat dan toskan seketika.

2

Kurangkan sedikit minyak tadi kemudian tumiskan bawang putih dan masukkan lada hitam.

3

Selepas itu masukkan bahan-bahan untuk sos seperti sos tiram, kicap manis dan sos lada hitam dan kacau sebentar.

4

Masukkan daging yang telah digorengkan tadi kedalam kuah tersebut dan gaul rata. Kemudian masukkan bawang dan jugak cili.

5

Bagi memekatkan kuat tersebut, bancuhkan tepung gandum bersama air dan tuangkan ke dalam kuah sedikit demi sedikit mengikut kepekatan yang digemari.

6

Apabila kuah telah pekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan.