Back to Recipe Print

Recipe for "Sizzling Yee Mee"


Tips

1. Jumlah sukatan tepung jagung bergantung pada kepekatan kuah yg dikehendaki. Begitu juga kicap. Lebihkan jika mahu kuah lebih hitam.

2. Boleh terus masukkan yee mee dalam kuah. Saya celur dahulu yee mee sbb takut mkn tak habis nnt kembang :D

Ingredients

Yee Mee 3 keping
Ayam (Bahagian Dada) 2 ketul
Cendawan Shitake 4 keping
Bawang Putih Diketuk 3 ulas
Halia Dihiris Nipis 2sm
Cili Kering Dipotong 3 3 tangkai
Air 2-3 cawan
Kicap Kipas Udang 3sb
Lada Hitam Kasar 1sk
Garam & Gula Secukup rasa
Minyak Bijan 1 sk
Tepung Jagung 1 sb
Sawi 1 pokok

Instructions

1

Rendam cendawan shitake dlm air hingga lembut. Belah 4.

2

Celur yee mee hingga lembut & toskan air

3

Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia & cili kering. Apabila wangi masukkan air. Masukkan ayam.

4

Masuk cendawan, kicap, lada hitam, garam & gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

5

Bancuh tepung jagung dgn sedikit air, tuang dalam kuah & kacau. Masukkan minyak bijan. Kacau sebati.

6

Masukkan yee mee dalam pinggan, tuang kuah. Tabur sawi dipotong & telur goyang. Sedia dihidang.