Back to Recipe Print

Recipe for "Wadai Kipeng"


Tips

Nikmati wadai kipeng selepas 3 jam dimasak ketika kuahnya telah meresap ke dalam kuih.

Ingredients

Tepung Pulut 250 gram
2 Cawan Air Gula Melaka 2 keping gula melaka masak dengan 2 cawan air
Santan Pekat 1 cawan
Air Suam Untuk Menguli 2 cawan
Garam Secubit
Gula Putih Jika perlu

Instructions

1

Masukkan tepung dalam bekas, taburkan secubit garam & gaul

2

Tuang sedikit demi sedikit air suam. Uli sehingga jadi doh yang lembut & tidak melekat.

3

Cubit doh sebesar biji mata kucing & bulatkan.

4

Tekan sedikit di bahagian tengah dengan dua jari supaya menjadi sedikit leper seperti dalam gambar di bawah.

5

Dalam periuk, didihkan gula melaka dengan air sehingga hancur.

6

Masukkan kepingan doh ke dalam air gula melaka & tunggu hingga kepingan tersebut timbul.

7

Masukkan santan & secubit garam. Jika kurang manis, tambah gula pasir.

8

Angkat & biarkan sejuk seketika sebelum dinikmati.