Back to Recipe Print

Recipe for "Telur Rebus Dengan Kentang Berlada"


Tips

Penggunaan cili kering yang di rebus dan dikisar sendiri lebih sedap rasanya berbanding cili kisar segera.

Ingredients

Telur 4 biji
Ubi Kentang 2 biji
Cili Kering (Direbus, Ditapis, Dikisar) 20 tangkai
Bawang Besar (Dikisar) 2 biji
Bawang Putih (Dikisar) 2 ulas
Kiub Pati Ikan Bilis 1/2 kiub
Gula Dan Garam Secukup rasa
Daun Sup 2 tangkai
Minyak Sukatan untuk menggoreng

Instructions

1

Rebus telur. Buangkan kulitnya. Kemudian telur rebus tadi digorengkan seketika di dalam kuali berminyak.

2

Buangkan kulit ubi kentang. Potong wedges. Gorengkan juga selepas menggoreng telur rebus tadi.

3

Keluarkan lebihan minyak menggoreng tadi, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih dan cili kisar) sehingga pecah minyak. masukkan kiub pati ayam dan garam. Apabila sudah naik bau, masukkan telur dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. gaul rata. Hidangkan dan taburkan daun sup.