Back to Recipe Print

Recipe for "Milky Butter Prawn"


Tips

Sekiranya anda tiada susu cair boleh gantikan dengan susu segar. Jika anda sukakan pedas boleh tambahkan bilangan cili padi.

Ingredients

Sarang Telur
2 Biji Telur Kuning Dipukul ringan
Margerin 1 senduk
Minyak Masak 1 cawan
Udang
12 Ekor Udang Harimau Dibuang kepala
Bawang Putih 3 ulas dicincang
Cili Padi 7 tangkai dihiris/diketuk
Daun Kari 4 tangkai dicuci
Susu Cair 1/4 cawan
Margerin Untuk menumis
Garam Secukup rasa
Lada Sulah Sedikit

Instructions

1

Langkah pertama untuk membuat sarang telur ialah cairkan margerin dan minyak hingga sebati. Pastikan minyak betul2 pan as.

2

Pusingkan minyak dengan senduk secara bulatan sehala dengan pantas. Kemudian tuangkan kuning pada jarak yang tinggi supaya sarang menjadi halus.

3

Buat pusingan hingga warna sarang bertukar perang keemasan dan toskan menggunakan penapis besi. Ketepikan.

4

Goreng udang yang telah digaul bersama garam dan sedikit lada sulah. Tidak perlu goreng terlalu lama.

5

Ambil kuali yang lain, ambil sedikit marjerin dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari hingga naik bau.

6

Kemudian tuang susu cair dan biarkan sebentar. Masukkan sedikit garam.

7

Akhir sekali masukkan udang goreng dan sarang telur.

8

Sedia untuk dihidang.