Back to Recipe Print

Recipe for "Apam Coklat Kukus"


Tips

1) Pastikan air benar-benar mendidih sebelum mengukus.
2) Untuk memudahkan proses menuang adunan ke dalam acuan, masukkan bancuhan ke dalam jag bermuncung.
3) Jarakkan sedikit susunan acuan untuk kembang sempurna.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Minyak Masak 1/2 cawan
Gula Castor/gula Perang 1/2 cawan
Susu Pekat Manis 1/2 cawan
Telur 1 biji
Serbuk Koko 2 sudu besar

Instructions

1

Panaskan air di dalam periuk pengukus. Ayak semua bahan kering dan ketepikan.

2

Satukan bahan lain dan kacau sebati. Memadai menggunakan hand whisk/senduk kayu sahaja. Tuang adunan ke mangkuk adunan bahan kering tadi. Kacau sebati

3

Masukkan bancuhan ke dalam jag yang bermuncung tuang bancuhan ke dalam cup kertas (saya masukkan cup kertas dlm acuan lompang).

4

Kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Balut dengan kain penutup kukusan agar air tidak menitik pada apam tadi.