Back to Recipe Print

Recipe for "Mee Kuning Sizzling"


Tips

Mee sizzling juga boleh ditambah telur sebagai pelengkap

Ingredients

Mee Kuning 500gram
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Halia Seinici
Cili Kering 6 biji
Ayam Dipotong Kecil (Lebih Baik Bahagian Tulang) Secukupnya
Fishball Secukupnya
Cendawan Shitake 6 ketul
Sawi Setengah ikat
Sos Tiram 4 sudu besar
Kicap Pekat 4 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Stok Ayam 2 cawan
Bancuhan Tepung Jagung Dan Air Secukupnya
Garam Dan Serbuk Perasa Secukupnya

Instructions

1

Bersihkan mee kuning dan asingkan.

2

Hiriskan nipis bawang merah, bawang putih dan halia.

3

Panaskan kuali dan tumiskan bahan hirisan tadi.

4

Cili kering dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam kuali tadi. Tumiskan dan biarkan sedikit Wangi.

5

Masukkan isi ayam kedalam kuali dan gaul sehingga ayam bertukar warna.

6

Masukkan cendawan shitake yang sudah di hiris.

7

Biarkan seketika.

8

Masukkan sos tiram , Kicap pekat dan kicap manis. Gaul sebati

9

Masukkan Stok ayam dan biar kan medidih seketika. Boleh menambah fishball pada masa ini.

10

Tambah bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perisakan dengan garam dan serbuk perasa. Kuah sizzling sudah siap.

11

Pada masa ini sayur sawi boleh dicelurkan seketika

12

Untunk menghidang, sekiranya tidak mempunyai kuali hotplate. Boleh menggunakan kuali biasa

13

Ambil sedikit mee dan masukkan kuah sizzling, sedikit sayur dan panaskan sehingga kuah menggelegak.

14

Dhidangkan panas-panas dan boleh dimakan bersama cili potong sekiranya suka.