Back to Recipe Print

Recipe for "Spicy Chicken Gravy"


Tips

Jangan kisar ramuan dengan air yang banyak kerana ketika menumis bahan akan lambat pecah minyak. Boleh juga tukarkan santan kepada susu cair.

Ingredients

Bahan Kisar
Bawang Merah Kecil 4 ulas
Bawang Putih 2 ulas
Cili Padi 7 tangkai
Bahan Lain
Ayam 7 ketul dipotong sederhana
Serai 2 batang diketuk
Susu Cair 3/4 tin
Cili Hidup Merah 2 tangkai dibelah dua
Kentang 2 biji dipotong baji
Daun Kunyit 2 helai dicuci
Serbuk Kunyit 1 sudu kecil
Air Suam 1 1/2 cawan
Garam Secukup rasa
Gula Secukup rasa
Minyak Sedikit

Instructions

1

Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Letakkan serai dan tumis hingga pecah minyak.

2

Tuangkan susu cair dan kacau hingga mesra. Kemudian tuang pula air, masukkan kentang dan serbuk kunyit.

3

Selepas 3 minit masukkan ayam biarkan hingga empuk.

4

Taburkan garam, gula, daun kunyit dan cili hidup.

5

Apabila sudah mendidih tutupkan api. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.