Back to Recipe Print

Recipe for "Delightful Bread Pudding"


Tips

Sekiranya anda mahu seletkan butter pada roti, boleh juga cairkan butter dan curah di atas roti sebelum curahkan adunan telur.

Ingredients

Roti Buku 7 keping
Telur Ayam 4 biji
Butter/marjerin 2 sudu besar
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Serbuk Kayu Manis 1 sudu kecil
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir Organik 3/4 cawan
Kismis Untuk hiasan

Instructions

1

Sapukan butter keatas roti yang telah dipotong. Seletkan butter pada permukaan loyang.

2

Susun roti dalam loyang secara rapat.

3

Ambil mangkuk pecahkan semua telur dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan susu cair, gula pasir, esen vanilla dan serbuk kayu manis.

4

Pukul semua bahan hingga sebati dan tuangkan diatas roti. Biarkan roti dalam 5 minit.

5

Sambil itu, panaskan ketuhar pada suhu 170°c. Kemudian taburkan kismis pada permukaan roti.

6

Masukkan loyang kedalam ketuhar dan biarkan ia masak selama 40 minit.

7

Sedia dihidang sementara masih panas. Boleh juga dihidang bersama sos kastard.