Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tumis Ikan Bilis"


Tips

Jika suka, boleh masukkan daun pandan di dalam sambal ini

Ingredients

Cili Kisar (Cili Kering+Bawang Besar+Bawang Putih) 1 mangkuk kecil
Belacan 1/2 inci
Ikan Bilis 1 mangkuk kecil
Bawang Besar (Potong Bulat) 1 biji
Air Asam Jawa 1/2 mangkuk kecil
Garam, Gula Dan Ajinamoto Secukupnya

Instructions

1

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Tidak perlu garing. Kemudian goreng bawang besar juga sekejap sahaja. Angkat kedua-duanya dan toskan.

2

Menggunakan minyak yang sama (kurangkan kuantiti minyak jika berlebihan), tumis belacan dan cili kisar hingga masak sempurna.

3

Cara saya, semasa menumis cili ini saya akan masukkan semua perasa dan saya lebihkan gula. Sambal akan bertukar warna gelap dan cepat garing.

4

Gunakan api sederhana besar. Masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi diikuti dengan air asam jawa. Masak hingga sambal pekat.

5

Sesuaikan rasa jika perlu dan sedia dihidang bersama dengan nasi lemak atau dibuat sebagai pencicah lempeng/cekodok.