Back to Recipe Print

Recipe for "Kari Kepala Ikan"


Tips

Jika tidak mahu pedas, keluarkan cili boh dari senarai bahan.

Ingredients

Kepala Ikan 4 ketul
Cili Boh 3 sb
Serbuk Kari Ikan 5 sb
Bawang Besar 2 biji
Bawang Putih 7 ulas
Halba Campur 2 sk
Daun Kari 3 tangkai
Santan 1 kotak kecil
Kentang 2 biji
Tomato 1 biji
Bendi 8 batang
Lada Sulah 1 sk
Pes Asam Jawa 1 sb
Air Panas Secukupnya

Instructions

1

Tumis bawang yang dimayang bersama halba campur.

2

Cabut daun dari tangkainya dan tumis bersama.

3

Masukkan cili boh dan serbuk kari yang digaul dengan 1/2 cawan air. Masuk kentang. Masak hingga pecah minyak. Tambah sedikit air, biar lagi 10 minit.

4

Masukkan air dan santan, biar masak seketika. Masukkan asam jawa, gula, garam, lada sulah.

5

Api kecil, kacau perlahan hingga santan hampir masak. Cukup rasa, masukkan kepala ikan. Jika kepala ikan besar, pastikan ia masak setiap belah.

6

Masukkan tomato, tunggu menggelegak dalam 10 minit, tutup api dan hidang bersama cili kicap