Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Alunan Hawflakes"


Tips

Sediakan asam manis/hawflakes lebih, kerana lebih banyak lebih sedap dan cantik lapisan kek tersebut

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Minyak Masak 1/2 cawan
Susu Segar/susu Cair 150ml
Telur 5 biji
Ovallette 1 sudu besar
Gula Castor 1 1/4 cawan
Esen Vanila 1 sudu teh
Asam Manis/hawflakes Secukupnya
Pewarna (Pink+Hijau/hijau+Kuning) Secukupnya

Instructions

1

Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.

2

Pukul gula & telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete & pukul lagi sehingga betul2 kembang & gebu. Masukkan minyak & digaul sebati.

3

Masukkan tepung yg telah diayak berselang seli dengan susu & masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bahagikan pada 2 bahagian. Letak pewarna kegemaran.

4

Loyang dialas kertas dan sapu sedikit mentega. Letak adunan hijau dulu, ratakan permukaannya dan susun asam manis di atas permukaannya.

5

Kukus selama 10 minit dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. Kemudian buat pula lapisan pink/kuning, ratakan & susun asam manis di atas permukaannya

6

Sambung kukus 10 minit lagi. Ulang melapis hingga adunan habis. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

7

Setelah kek masak, angkat dan biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.