Back to Recipe Print

Recipe for "Fettuccine Dried Chili"


Tips

Jenis sayur-sayuran boleh dipelbagaikan. Semasa merebus fettuccine perlu letak sedikit garam dan minyak masak/butter. Boleh gunakan makanan laut sebagai rencah utama.

Ingredients

Fettuccine 1 bungkus yang telah ditoskan
Chicken Meatloaf 5 keping dipotong sederhana
Bawang Holland 1 labu sederhana dicincang
Bawang Putih 5 ulas dicincang halus
Capsicum Merah/kuning Dipotong dadu
Brokoli Dipotong sederhana
Lobak Merah Dipotong halus
Tomato Ceri 1 mangkuk kecil
Cili Kering 6-7 tangkai
Serbuk Lada Hitam 1 sudu besar
Lada Sulah Sedikit
Garam Secukup rasa
Kiub Pati Ayam 1 1/2 kiub
Minyak Zaitun 1/2 cawan
Unsalted Butter 2 sudu besar
Mixed Herbs Sedikit
Daun Ketumbar 1/2 genggam dihiris halus

Instructions

1

Panaskan butter sehingga berbuih. Masukkan bawang holland, bawang putih dan cili kering. Kemudian masukkan meatloaf.

2

Masukkan brokoli dan lobak merah. Kacau sebentar hingga separuh masak.

3

Kemudian masukkan fettuccine, capsicum, tomato dan semua bahan perisa.

4

Akhir sekali tuang minyak zaitun,mixed herbs dan hirisan ketumbar. Gaul sebentar.

5

Siap untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.