Back to Recipe Print

Recipe for "Muffin Oren"


Tips

Adunan muffin tidak perlu digaul lama kerana gluten dalam tepung akan terbentuk yang menyebabkan muffin menjadi liat dan keras.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu kecil
Gula Castor 3/4 cawan
Minyak Masak / Butter Yang Dicairkan 1/2 cawan
Susu Segar / Susu Cair 1 cawan
Telur 1 biji
Buah Oren (Ambil Isinya) 2-3 biji
Gula Warna Warni (Untuk Hiasan) Secukupnya

Instructions

1

Satukan semua bahan kering (tepung gandum, baking powder dan gula). Dalam mangkuk lain satukan bahan cecair (minyak, telur, susu dan buah oren)

2

Masukkan bahan cecair yang disatukan ke dalam mangkuk bahan kering. Gaul sebati dan jangan gaul terlalau lama. Anggaran kurang daripada 20 pusingan

3

Biarkan adunan lebih kurang 5 minit dan gaul 2 kali pusingan lagi. Masukkan adunan ke dalam papercup (3/4 penuh), taburkan gula warna warni dan bakar.

4

Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 20-25 minit. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.