Back to Recipe Print

Recipe for "Brownies Cheese Kukus"


Tips

Boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko.

Ingredients

Brownies (Bahan A)
Telur 2 biji
Susu Cair 1/2 cawan
Susu Pekat 1/2 cawan
Minyak 100 ml
Gula Kastor 1/2 cawan
Bahan Ayak
Serbuk Koko 1/3 cawan
Tepung Gandum 1/2 cawan
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Baking Soda 1/2 sudu kecil
Lapisan Keju
Cream Cheese 500 gm
Telur 4 biji
Gula Halus 140 gm
Esen Vanila 1 sudu kecil

Instructions

1

Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.

2

Kemudian kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.

3

Masukkan ke dalam loyang yg digriskan dan dialas dgn kertas minyak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini utk membuat corak atas lapisan keju nanti).

4

Kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.

5

Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Lapisan keju.

1

Pukul cream cheese hingga gebu.

2

Masukkan gula dan pukul hingga sebati.

3

Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.

4

Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.

5

Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.

6

Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake.