Back to Recipe Print

Recipe for "Ikan Duri Berdesing"


Tips

1. Ikan boleh digoreng dahulu jika suka,tp isinya sedikit keras.
2. Boleh diganti ikan kering yang lain.
3. Garam hanya masukkan juka perlu,kerana pes asam jawa juga sedikit masin.

Ingredients

Ikan Duri Kering Saiz Tapak Tangan Dewasa 2 - 3 ekor
Cili Padi - + 1 genggam
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Kecil 3 - 4 biji
Bawang Besar 2 biji sederhana
Gula Secukup rasa
Pes Asam Jawa Adabi 1 - 2 sdt
Minyak Untuk menumis

Instructions

1

Ikan duri dipotong saiz 1.5", bahagian kepala boleh disimpan/dimasak resepi lain. Rendam ikan dengan air garam kira2 1/2 jam. Bilas dan tos

2

Blender cilipadi,bawang kecil dan bawang putih.
Bawang besar dipotong bulat,ketepikan

3

Panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga naik bau dan pecah minyak.

4

Masukkan ikan dan goreng hingga rata,dan ikan sedikit garing.
Tambah sikit air dan reneh hingga ikan masak,lembut

5

Biarkan kuah sedikit kering dan masukkan pes asam jawa,gula dan bawang besar tadi. Kacau rata

6

Hidangan boleh sedikit berkuah atau kering. Sedap dimakan bersama nasi putih,telur dadar dan sayur bening sahaja.