Back to Recipe Print

Recipe for "Apple Muffin"


Tips

Selain daripada buah epal, boleh juga guna buah kiwi / mangga.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu teh
Soda Bikarbonat 1 sudu teh
Gula Perang / Gula Castor 1 cawan
Susu Segar / Susu Cair 1 cawan
Butter / Majerin (Dicairkan) 4 sudu besar
Telur 2 biji
Esen Vanilla 1 sudu teh
Epal Merah / Hijau (Potong Dadu) 4 biji

Instructions

1

Panaskan oven pada suhu 200C terlebih dahulu. Sementara itu, ayak tepung bersama baking powder & soda bikarbonat. Masukkan gula ke dalam bekas tepung

2

Kemudian satukan telur, susu, butter yang dicairkan dan esen vanilla. Kacau sebati. Masukkan ke dalam bekas tepung dan dan masukkan epal.

3

Gaul sebati adunan tadi tetapi jangan terlalu lama. Memadai adunan sebati sahaja. Guna hand whisk atau senduk kayu.

4

Masukkan adunan ke dalam papercup, 3/4 penuh dan bakar selama lebih kurang 20-25 minit. Sedia dihidang untuk sarapan pagi atau minum petang.