Telur (Digoreng) | 2 biji |
Sos Tomato | 4 sudu besar |
Sos Tiram | 2 sudu besar |
Rempah Tumis (4 Beradik) | Secukupnya |
Bawang Merah (Dihiris Nipis) | 1 biji |
Bawang Putih (Dihiris Nipis) | 1 biji |
Air | 1/2 cawan |
Garam | Secukup rasa |
Minyak (Untuk Menumis) | 2 sudu besar |
Tumis bawang dan rempah ratus hingga naik bau.
Masukkan sedikit air dan sos tomato.
Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Jika kuah terlalu pekat, tambahkan air.
Perisakan dengan garam.
Masukkan telur yg telah digoreng. Biarkan mendidih.
Sebelum tutup api, boleh tabur dengan daun bawang potong. (Saya tak letak kerana anak tak suka)