Back to Recipe Print

Recipe for "Fudge Coklat Mahligai Cinta"


Tips

Sekiranya tiada digestive biscuits, boleh juga gunakan Graham crackers, atau apa-apa sahaja jenis biskut lain.

Sekiranya tiada loyang silikon, jangan lupa untuk alas dengan kertas minyak terlebih dahulu sekiranya anda menggunakan acuan tin supaya senang untuk fudge dikeluarkan kemudian.

Ingredients

Kerak & Topping
Digestive Biscuits 1 1/2 cawan
Mentega 6 sudu besar
Fudge Coklat
Coklat 3 1/2 cawan
Susu Pekat Manis 1 tin
Mentega 1/4 cawan
Esen Vanila 1 sudu kecil
Marshmallow 2 cawan
Garam Secubit

Instructions

Kerak & Topping

1

Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave.

2

Sementara itu, hancurkan digestive biscuits. Satukan dan gaul sebati.

3

Sediakan loyang acuan silikon bar coklat. Boleh juga guna loyang standard segiempat 9" x 9".

4

Dengan menggunakan hanya separuh adunan biskut, tuang ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.

5

Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.

Fudge Coklat

1

Masukkan coklat, susu pekat dan mentega dan microwavekan selama 1 minit 30 saat.

2

Keluarkan dan kacau sedikit. Masukkan esen vanila dan garam, gaul. Microwavekan lagi selama 1 minit 30 saat.

3

Keluarkan dan kacau sedikit.

4

Dengan menggunakan hanya separuh adunan coklat, tuang ke dalam acuan yang berisi kerak biskut yang telah keras dari dalam peti sejuk. Ratakan.

5

Tabur pula dengan marshmallow.

6

Tuang baki separuh lagi adunan coklat supaya menutupi marshmallow.

7

Akhir sekali, tabur dengan baki separuh lagi adunan biskut, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.

8

Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman.

9

Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.