Back to Recipe Print

Recipe for "Batang Buruk Moden"


Tips

Gulung popia jangan terlalu ketat kerana nanti serbuk nestum tidak dapat memasuki celah-celah popia. Perlu pandai mengawal api supaya popia tidak cepat hangit. Hindari menggulung popia dibawah kipas kerana kulit akan cepat keras dan sukar untuk digulung. Sekiranya,tidak mahu menggulung, anda juga boleh potong popia secara 4 segi.

Ingredients

Kulit Popia 40 helai digulung & digam
Nestum Original/madu* 1/2 cawan
Gula Pasir Organik* 1/2 cawan
Horlick Original* 1/3 cawan
Susu Tepung* 2 sudu besar
Serbuk Kayu Manis * 1 sudu kecil
Minyak Masak Untuk menggoreng

Instructions

1

Tarik kulit popia satu per satu. Gulungkan dan gam dihujung dengan bancuhan tepung gandum. Kemudian gunting secara serong.

2

Panaskan minyak dan goreng kulit popia sehingga kuning keemasan. Toskan dan biarkan ia sejuk sedikit.

3

Sementara itu, kisar semua bahan yang bertanda (*) dan letak didalam mangkuk besar dan rata.

4

Apabila popia sudah kering dari minyak dan sejuk, gaulkan bersama serbuk nestum hingga rata.

5

Masukkan dalam balang kedap udara supaya popia kekal ranggup.