Back to Recipe Print

Recipe for "Mufin Pisang Dengan Dark Chocolate"


Tips

resepi yang digunakan adalah sama seperti resepi kek pisang yang saya sertakan sebelum ini.

Kawan-kawan boleh fillingkan muffin ni dengan pelbagai flavour, gunakan picagari atau piping dan cucuk ke dalam muffin selepas masak (ketika masih panas). Antaran flavour kegemaran fizi ialah coklat dan bleuberry.

Ingredients

Tepung Gandum 2 cawan
Telur 4 biji
Pisang Berangan 5 biji
Gula 3/4 cawan
Minyak Masak 3/4 cawan
Soda Bikarbonat 1 tbs
Baking Powder 1 tbs
Ovellette 1 tbs
Dark Choc Chips Secukupnya

Instructions

1

Mula-mula putarkan gula dan telur sehingga kembang tau.

2

Bila dah kembang, masukkan ovellete dan putar lagi, dalam 2, 3 minit lagi, biar rata ovellete, telur dan gula tadi.

3

Okey, cukup dengan pemutar, sekarang pakai spatula jer tau. okey, sekarang ni kawan-kawan masukkan pisang yang dah dilecek dan minyak, gaulkan sebati semua sekali.

4

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama baking powder dan soda bikarbonat.

5

Now, masukkan dark chocolate chip, nak masuk banyak mana? ikut suka kawan-kawan..kalau suka banyak coklat chip, kalau tak suka, masukkan dalam 2 ke 3 sudu sahaja.

6

Now time to baking...so kawan-kawan tuang lah adunan tadi dalam apa jua cup muffin yang kawan-kawan ada. Jangan isi penuh, isikan 3/4 dari penuh cup muffin

Bila dah tuang adunan tu, taburkan lagi dark chocolate chip kat atas dier..macam dalam gambar
Dan bakarlah pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit ke 25 minit.

7

So tunggu sejuk dah boleh dimakan. Muffin ni boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA!!!