Beras Pulut | 2 cawan |
Santan Cair | 2 cawan |
Air Kapur | 1 sudu kecil |
Garam | 1/2 sudu kecil |
Pewarna Hijau | Beberapa titik |
Kelapa Parut Yg Di Gaul Dengan Sedikit Garam | Secukupnya |
Gula Melaka | 3 ketul |
Gula | 5 sudu besar |
Air | 5 cawan |
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur.
Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya
Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang.
Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.
Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.