Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Pavlova"


Tips

Dalam whipping cream letak esen vanila pun boleh bagi bau wangi. Kalau whipping cream sudah manis tak perlu buat karamel lagi.

Ingredients

American Sponge Cake (Boleh Rujuk Resepi Sebelum Ini) 1 biji
Buah Anggur Hitam Dibelah Dua Secukupnya
Buah Kiwi Dipotong Dadu Atau Kecil 2 biji
Whipping Cream Vico Secukupnya
Gula 5 sudu besar
Air 1 sudu besar
Buah Strawberry Potong 2 Saya x letak sbb x ada..

Instructions

1

Sebelum ini saya ada share resepi american sponge cake. Cuma semasa bakar kek utuk buat kek pavlova ini,jangan tuang adunan sampai penuh bekas.

2

Dalam periuk,karamelkan gula dan air. Bila kek dah sejuk, cucuk kek dengan garpu & sapukan karamel ke atas kek tadi.

3

Yang penting gula serap. tak perlu tebal-tebal. Untuk whipping cream, pukul sehingga gebu dan berkrim,tuang atas kek tadi. Ratakan.

4

Kemudian susun buah kiwi,strawberry dan anggur hitam.

5

Sejukkan dahulu baru dihidang.