Back to Recipe Print

Recipe for "Sedetik Cuma Fried Kway Teow"


Tips

Boleh juga jadikan makanan laut sebagai rencah utama seperti kerang dan udang. Sayuran yang tepat untuk masak kuey tiaw ialah taugeh dan kuchai. Sekiranya kuey tiaw anda keras boleh dilembutkan didalam microwave.

Ingredients

Kway Teow 1 bungkus leraikan sedikit
Isi Ayam 1 mangkuk
Chicken Ball 10 biji dipotong
Fish Cake 3 batang dihiris
Cili Boh 3 sudu besar
Kicap Manis 5 sb
Sos Tomato 2 sb
Taugeh 1 mangkuk kecil
Daun Kuchai 1 mangkuk kecil
Garam Secukup rasa
Air Suam Sedikit
Telur Ayam 2 biji dipukul
Bawang Kecil 4 ulas dihiris kasar
Bawang Putih 3 ulas diketuk
Gula Pasir Sedikit
Minyak Masak Untuk menumis

Instructions

1

Tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis sehingga garing.

2

Letakkan isi ayam, chicken ball dan fish cake sehingga masak.

3

Tambahkan sos tomato dan kicap manis. Kemudian tuangkan sedikit air,garam dan gula.

4

Apabila sudah mendidih masukkan telur dan kacau dengan pantas.

5

Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata.

6

Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kuchai. Gaul sekejap dan tutupkan api.

7

Sedia dihidang bersama daun bawang dan bawang goreng.