Isi Ayam (Bahagian Dada) * | 4 ketul |
Bawang Putih * | 1 ulas |
Bawang Besar * | 1/2 labu |
Cili Padi * | 2 batang |
Garam * | Secukup rasa. |
Serbuk Ketumbar | 1 sudu besar |
Air | Secukupnya |
Susu Cair | 1/3 cawan |
Garam | Secukup rasa. |
Bawang Putih Mesin | 1/2 sudu besar |
Bawang Merah Mesin | 1 sudu besar |
Halia Mesin | 1/2 sudu kecil |
Cili Mesin (Cili Kering) | 1 1/2 sudu besar (ikut kepedasan yang anda mahu) |
Bawang Merah Hiris | 1/2 labu |
Kisar semua bahan yang bertanda * sehingga sebati dan ayam itu hancur.Kemudian gentelkan isi ayam tadi ke bentuk bulat dan gorengkan sampai kemerahan.
Dalam kuali,panaskan minyak,dan tumis bawang merah sehingga kemerahan,masukkan cili mesin,halia mesin,bawang putih dan bawang merah mesin.
Kacau sehingga naik minyak,masukkan serbuk ketumbar dan sedikit air. Sebatikan dan tunggu sampai naik minyak.
Masukkan susu cair,garam dan bebola ayam yang dibuat tadi. Sebatikan dan biarkan ia sehingga mendidih.
Tutup api dan sedia dihidang.