Macaroni | Sepeket |
Daging Cincang | 200g |
Tomato | 3 biji |
Cili Boh | 3 sudu |
Carrot | Setengah biji |
Capsicum Hijau | Setengah biji |
Bawang Besar | Sebiji |
Sosej Mushroom | 2 ketul |
Cheesedale | 4 keping |
Telur | 2 biji |
Air | Secukupnya |
Garam | Secukup rasa |
Lada Sulah | Secukup rasa |
Rebus makaroni dalam air. letak sedikit garam. biarkan selama 10 minit.
Potong kiub bawang besar, capsicum hijau dan carrot. blend tomato dengan sedikit air.
Tumis bawang besar dengan sedikit minyak. masukkan cili boh. masak sehingga cili kering. masukkan pula tomato yang telah diblend.
Toskan air rebusan macaroni lebih kurang 10 minit selepas direbus.
Masukkan carrot dan capsicum ke dalam kuah. seterusnya masukkan macaroni. kacau sebati. tutup api.
Panaskan oven pada suhu 180 darjah. potong sosej kecil-kecil dan cheesedale kepada 4 keping memanjang.
Letak macaroni goreng didalam acuan pembakar. susun. pukul telur dan tuang di dalam acuan.
Susun sosej dan cheesedale di atas acuan. bakar dalam oven selama 10 minit.