Back to Recipe Print

Recipe for "Kek Bantal Kaya"


Tips

Boleh juga letak nutella jika tidak mahu letak kaya.

Ingredients

Garam Secubit
Mentega 125 gram
Gula 75 gram
Telur Gred A 3 biji
Susu Dutch Lady Full Cream 1 botol (dlm rm 4 lebih)
Esen Vanila 1 sudu besar
Tepung Gandum (Ayak) 250 gram
Baking Powder (Ayak) 1 sudu kecil
Kaya Secukupnya

Instructions

1

Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji...pukul hingga sebati..

2

Kemudian masukkan esen vanila dan sebatikan lagi.

3

Akhir sekali masukkan campuran tepung baking powder jg garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit secara berselang seli dengan susu.

4

Saya menggunakan 1 botol susu seperti dalam image. Kacau hingga adunan sebati...biarkan selama 30 minit .Panaskan oven pada suhu 170'c.

5

Sapukan acuan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan ia dari melekat... panaskan acuan dahulu (acuan kuih cara) dlm 3-5 minit.

6

Dengan menggunakan sudu masukkan adunan tadi sehingga memenuhi 1/2 lubang acuan.

7

Kemudian letakkan inti kaya,& tuang lagi adunan menutup permukaan kaya. Dengan menggunakan api atas bawah bakar selama 15 minit..Siap dihidang.