Back to Recipe Print

Recipe for "Biskut Nestum Ranggup"


Tips

Berhati2 bila masukkan tepung, sbb sifat nestum mengembang, kualiti tepung & butter/majerin berbeza2, so bila dh agak2 cukup kental lembut doh tu, tak payah lah habiskan tepung tu.

Ingredients

Butter / Majerin 1 buku / 1 cawan (250 gram)
Nestum Biasa 2 cawan
Kuning Telur 2 biji
Tepung Gandum - Ayak 3 cawan rata / 300 gram atau kurang,bergantung pada adunan. rujuk tips.
Baking Powder - Ayak 1 sudu teh
Gula Halus 1 cawan / 130 gram
Lebihan Nestum & Ceri Hijau Untuk hiasan (secukupnya)

Instructions

1

Putar butter dan gula hingga kembang. campurkan telur satu persatu sambil diputar 15 saat.campurkan tepung berselang seli dgn nestum

2

Sambil diuli perlahan hingga mnjadi satu doh yg lembut. berhenti menambah tepung jika doh sudah elok lembut. (biar ia nmpak lembik sikit)

3

Ambil sedikit adunan, bulatkan sebesar ibu jari, leperkan sedikit, lalu ditekan ke atas lebihan nestum.Susun atas dulang yg dah disapu butter/majerin.

4

Kemudian letak ceri bagi yang nak letak. bakar dlm suhu 150c slama 30 minit @ sehingga masak.