Back to Recipe Print

Recipe for "Chicken Wrap"


Tips

Anyone yang suka rangup2 tu .. bebaik nohh .. jangan lama2 panggang roti wrap tu .. takut hitam .. hehe .

Ingredients

Roti Wrap 2 keping
Dada Ayam Sepotong
Sos Lada Hitam Secukup
Mayonis Secukup
Serbuk Lada Hitam Secukup
Sosej 3 batang
Salad 4-6 helai
Tomato 1 biji
Cili Bangala (Hijau / Merah/kuning) Separuh daripada sebiji

Instructions

1

Basuh dada ayam dan sosej kemudian potong memanjang. Gaulkan bersama sos lada hitam dan serbu lada hitam. Masak bersama-sama dengan cili bangala.

2

Panggang roti wrap di atas pan tanpa minyak sehingga rangup

3

Basuh salad dan tomato dengan air bersih kemudian toskan

4

Selepas roti wrap dipanggang dan rangup susun salad

5

Kemudian letak inti yang telah dimasak tadi ( ayam,sosej&cili bangala) di atas roti wrap

6

Sertakan bersama tomato kemudian picitkan mayonis ke atasnya .. Berserta sos cili

7

Akhir sekali gulung roti wrap tersebut dan siap ! :)