Biskut Marie | 300gm |
Serbuk Oligo/milo | 2 cawan |
Butter | 1 buku |
Susu Pekat | 1/2 tin susu |
Esen Vanila | 1 sudu kecil |
Cairkan butter ke dalam periuk dan masukkan susu pekat.
Kemudian perlahankan api dan masukkan serbuk Oligo/milo dan kacau sehingga tiada serbuk yang berketul-ketul.
Masukkan esen vanila dan kacau. Tutup api.
Patahkan biskut kepada 2 atau 4 bahagian dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan cairan coklat dan gaulkan sebati dengan biskut.
Masukkan ke dalam bekas dan padatkan biskut-biskut tersebut.
Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan selama 4jam.