Back to Recipe Print

Recipe for "Jeruk Mangga Asam Boi"


Tips

1. Lebih sedap sekiranya kita menggunakan mangga jenis lemak manis kerana lebih rangup dan rasanya yang tidak terlalu masam.

2. Boleh juga ditambahkan sedikit serbuk asam boi untuk menambah rasa ikut selera masing-masing.

Ingredients

Mangga 2biji
Asam Boi Putih 5-6biji
Gula 4-5sudu besar
Garam Secubit
Cili Padi 2-3tangkai

Instructions

1

Mangga dicuci,dikupas kulitnya serta direndam seketika dalam air untuk 1 minit.

2

Kemudian mangga dipotong memanjang.

3

Kemudian mangga yang dipotong disusun secara bertindih di dalam bekas.

4

Kemudian campurkan kesemua bahan yg lain iaitu gula,garam,asam boi dan cili padi yg dipotong..

5

Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dihidangkan. Jika semalaman lebih sedap.