Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Tempe Dan Soo Hoon"


Tips

Makan degan sambal belacan memang sedap.

Ingredients

Tempe 1 paket (dlm plastik) *kalau yang bungkus daun sila guna 4 keping
Soo Hoon (Mee Halus Untuk Masak Lauk) 1/5 cawan (direndam)
Bawang Besar 1/2 biji
Bawang Putih 3 biji
Ikan Bilis 1 sudu besar
Kiub Ayam 1/2 kiub
Air Masak 2 cawan (ikut suka)
Lada Merah 1 batang (untuk hiasan)
Minyak Masak 4 sudu
Garam 2 sudu kecil

Instructions

1

Sediakan bahan-bahan,
Tempe dipotong dadu, bawang besar,bawang putih dan ikan bilis dikisar halus, soo hoon rendam dengan air,dan cili merah dihiris

2

Tumis bahan yang dikisar, hingga bau naik dan bahan tersebut bertukar warna kekuningan.

3

Kemudian masukkan air,biarkan hingga mendidih.

4

Selepas mendidih masukkan tempe,biarkan dlm 5 minit, kemudian masukkan soo hoon tadi, masukkan kiub dan garam secukup rasa.

5

Kalau rasa kurang air, boleh tambah lagi air, dan tunggu hingga mendidih lagi sekali.

6

Setelah hampir mendidih, terus masukkan cili merah tadi.

7

Siap dan boleh hidangkan dengan nasi,sambal belacan dan ikan kering.;-)