Tempeh | 1 bungkus |
Tomato Sederhana Besar * | 1 biji |
Serai Dihiris Halus * | 1 batang (amik yang putih sahaja) |
Cili Merah * | 2 batang |
Bawang Merah * | 3 biji |
Bawang Putih * | 1 ulas |
Cili Padi * | 1 tangkai (nak pedas lebihkan) |
Halia * | 1/2 inci |
Garam | Secukup rasa |
Gula | Secukup rasa |
Air | Secukupnya |
Minyak | 3 sudu besar |
Daun Ketumbar Dihiris | Hiasan |
Panaskan minyak, potong tempe bentuk dadu dan gorengkan tempe sehingga kemerahan.
Kisar semua bahan bertanda * dan masukkan ke dalam tempe tadi.
Kacau sebati,masukkan gula dan garam.
Apabila telah mendidih dan hampir pekat, tutup api.Hiasankan dengan taburkan hirisan daun ketumbar.
Sedia dihidang.