Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Lonte"


Tips

Sekiranya alah pada belacan, gantikan belacan dengan sedikit ikan bilis (juga digoreng bersama cili dan bawang).

Jika mahu rasa sambal yang pedas, lebihkan cili api. Jika sebaliknya, lebihkan cili hijau.

Ingredients

Cili Merah 4 tangkai
Cili Hijau 3 tangkai
Cili Api 7 tangkai
Bawang Besar 1 labu
Perahan Asam Limau Secukup rasa
Garam Secukup rasa
Minyak Masak 1 sudu besar

Instructions

1

Potong kecil bawang dan cili. Goreng bersama belacan (dengan menggunakan sedikit minyak sahaja) sehingga cili dan bawang layu.

2

Tumbuk kasar bahan-bahan yang digoreng tadi. Tidak perlu hingga cili dan bawangnya betul-betul lumat.

3

Gaul sekata. Perasakan dengan sedikit garam dan perahan asam limau.

4

Hidangkan bersama nasi panas dan juadah yang lain.