Back to Recipe Print

Recipe for "Sambal Tempeh Kicap Mudah"


Tips

Sekiranya mahu rasanya lebih pedas, boleh tambahkan cili api.

Ingredients

Tempe 3 keping
Cili Merah 3 tangkai
Cili Hijau 5 tangkai
Bawang Besar 1 labu
Bawang Putih 3 ulas
Kicap Lemak 3 sudu besar
Minyak Masak Secukupnya untuk menggoreng
Garam Secukup rasa

Instructions

1

Tempe dihiris nipis. Kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.

2

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau.

3

Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar buat seketika hingga cilinya masak.

4

Masukkan kicap lemak. Perasakan dengan garam. Setelah itu, masukkan tempe goreng. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dihidang!