Back to Recipe Print

Recipe for "Burger Malaysia"


Tips

Boleh juga di tambah timun yang dihiris nipis-nipis jika suka

Ingredients

Doh Pau
Tepung Gandum 200 gram
Susu/ Air 140ml
Butter/margerin 2 sudu besar
Gula Halus 2 1/2 sudu besar
Garam 1/2 sudu kecil
Dry Yeast 2 sudu kecil
Minyak Untuk Menggoreng Secukupnya
Sambal Ikan Bilis
Cili Kisar 1 mangkuk
Udang Kering * 1/2 cawan
Ikan Bilis * 1/2 cawan
Bawang Besar * 2 biji
Bawang Putih * 2 ulas
Tomato Puri * 3 sudu besar
Garam Dan Gula Secukup rasa

Instructions

Untuk Doh

1

Masukkan semua bahan kecuali minyak dan sambal ke dalam mangkuk.

2

Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.

3

Selepas itu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.

4

Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

Untuk sambal ikan bilis

1

Kisar halus bahan bertanda * dan campurkan dgn cili kisar.

2

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan masukkan tomato puri dan juga garam dan gula secukup rasa.

3

Rasa masam dan manis sambal secukupnya. Tambah apa yg kurang ikut selera. Masak hingga sambal benar2 kering.Sejukkan sambal di dalam pinggan.

1

Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis. Sedia untuk dihidang!