Back to Recipe Print

Recipe for "Sup Ayam"


Tips

Masukkan tumisan bawang merah & bawang putih untuk menyedapkan lagi rasa sup .

Tulang ayam atau rebusan kaki ayam juga menambahkan keenakan rasa sup tersebut .

Ingredients

Ayam (Potong Sederhana Kecil) 1/2 ekor
Sup Bunjut Tulang 1 peket
Lobak Merah (Potong Serong) 1/2 biji
Daun Sup (Hiris) 4 tangkai
Daun Bawang (Hiris) 4 tangkai
Halia (Hiris Nipis) 2 inchi
Garam Secukupnya
Serbuk Perasa Secukupnya
Bahan Tumisan :
Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 5 ulas

Instructions

1

Basuh ayam sebersihnya dan toskan .

2

Masukkan ketulan ayam ke dalam periuk dan isikan air sama paras . Seterusnya masukkan kesemua bahan kecuali daun sup, daun bawang dan bahan tumisan .

3

Renehkan ayam selama 20minit sehingga lobak merah empuk .

4

Selepas itu , masukkan hirisan daun sup dan daun bawang .

5

Sementara itu , tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing dan masukkan ke dalam sup ayam tersebut . Kacau dan tutup api .

6

Hidangkan . Selamat mencuba!