Daun Salad Baby Butterhead | 2 - 3 tampuk |
Bebola Ikan Atau Ayam | 10 biji |
Bawang Holland | 1 biji |
Bahan-Bahan Untuk Dressing (Vinaigrette) Lemon | |
Perahan Lemon | 1/2 biji |
Parutan Kulit Lemon | 2 sudu teh |
Minyak Zaitun (Extra Virgin) | 1/4 cawan |
Serbuk Lada Hitam | Secukup rasa |
Garam Halus | Secukup rasa |
Kruton | |
Roti Keping | 2 - 3 keping |
Minyak Zaitun | 2 - 3 sudu besar |
Leraikan daun salad. Basuh dan tuskan air hingga kering. Hiris nipis bawang Holland.
Goreng bebola ayam atau ikan. Belah kepada dua bahagian jika mahu atau boleh biarkan sebiji-sebiji. Ketepikan.
Cara Membuat Dressing (Vinaigrette) Lemon
Masukkan minyak zaitun (extra virgin), perahan jus lemon dan parutan kulit lemon ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar.
Perasakan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kacau hingga semuanya sebati.
Cara Membuat Kruton
Potong roti menjadi bentuk dadu kecil. Panaskan kuali leper. Masukkan dua hingga tiga sudu besar minyak zaitun.
Masukkan potongan roti yang telah didadu. Goreng buat seketika sehingga tekstur roti menjadi rangup.
Jangan guna api yang terlalu panas untuk elakkan roti hangus. Balik-balikkan roti supaya masak sekata.
Menyediakan Hidangan Salad
Masukkan daun salad, bawang Holland, bebola ikan atau ayam dan kruton ke dalam mangkuk salad.
Curahkan dressing (vinaigrette) lemon ke dalam mangkuk dan gaul sekata.